Borage Seed Oil
Borage Seed Oil softgel

Borage Seed Oil

Kepekatan Omega-6 yang tinggi untuk peredaran darah dan kulit yang lebih sihat


Menyokong daya ketahanan semula jadi badan

Menggalakkan peredaran darah yang sihat

Melegakan ketidakselesaan semasa kitaran haid

Membantu metabolisme lemak

Menggalakkan kesihatan kulit, rambut, dan kuku

SESUAI UNTUK

Individu yang ingin memperbaiki peredaran darah dan kesihatan jantung

Wanita yang mengalami ketidakselesaan kitaran haid

Wanita yang ingin memiliki kulit, rambut dan kuku yang sihat

Borage Seed Oil ingredients

Gamma-Linolenic Acid (GLA)

Setiap kapsul gel lembut mengandungi 110mg GLA.

Menyokong daya ketahanan semula jadi badan dan kesihatan peredaran darah1
Badan kita menggunakan GLA untuk membuat prostaglandin - iaitu hormon yang menyokong sistem imun, membantu mengawal keradangan2, melancarkan aliran darah dan mengekalkan peredaran darah yang sihat.

Melegakan ketidakselesaan akibat kitaran haid3
GLA boleh membantu melegakan ketidakselesaan yang dialami oleh wanita seperti kekejangan, perubahan mood, dan retensi air semasa kitaran haid.

GLA boleh meredakan simptom yang berkaitan dengan menopaus seperti hangat memerah dan berpeluh malam.

Menggalakkan kulit yang lebih baik
GLA membantu memulihkan penghalang kulit dan dan mempunyai sifat anti-radang yang boleh memperbaiki keadaan kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis dan rosacea.4,5

Menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang lebih kuat
Sebagai asid lemak omega-6, GLA menyaluti rambut dan kuku, menggalakkan pertumbuhan yang sihat.



FAKTA TAMBAHAN


ARAHAN

Sebagai makanan tambahan,
ambil 1 hingga 2 kapsul gel lembut setiap hari selepas makan.

Kepekatan GLA yang tinggi

Minyak Biji Borage mengandungi 22% GLA, ia lebih tinggi daripada minyak evening primrose yang secara tipikal mengandungi 8-10% GLA.6

  • Tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan ditambah.
  • Warna produk mungkin berbeza kerana tiada pewarna tiruan dan kehadiran bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.
  • Jika anda hamil, menyusu, mengambil ubat-ubatan, atau mempunyai kondisi perubatan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika berlaku sebarang reaksi buruk.
  • Jauhi dari kanak-kanak. Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan cahaya matahari langsung. Pastikan bekas ditutup rapat.
  1. Fan and Chapkin (1998). Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. The Journal of Nutrition. 128(9); pp1411-1414
  2. Kapoor and Huang (2006). Gamma-linolenic acid: An antiinflamatory omega-6 fatty acid. Current Pharmaceutical Biotechnology. 7: pp531-534
  3. Horrobin DF. (1983). The role of essential fatty acids and prostaglandins in the premenstrual syndrome. The Journal of Reproductive Medicine. 28(7): pp465-468
  4. Kim, Ji Hyun et al. (2020). Randomized, Placebo-Controlled Trial of Gamma Linolenic Acid as an Add-on Therapy to Minocycline for the Treatment of Rosacea. Ann Dermatol. 32(6):466-472
  5. Kawamura.A. et al. (2011). Dietary supplementation of GLA improves skin parameters in subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. Journal of Oleo Science. 60(12); pp597-607
    Dosage: 200mg of GLA per day
    Trial Period: 16 week
  6. Timoszuk, M., et al. (2018). Evening Primrose (Oenothera biennis) Biological Activity Dependent on Chemical Composition. Antioxidants, 7(8), 108
Borage Seed Oil

60 kapsul gel lembut
Buatan New Zealand

SOALAN LAZIM

Berapa banyak biji gel lembut Borage Seed Oil perlu saya ambil untuk ketidakselesaan dan kekejangan haid saya? Mana yang patut saya pilih?

Wanita di atas 35 tahun boleh mengambil 2 gel lembut Borage Seed Oil setiap hari untuk menguruskan ketidakselesaan kitaran bulanan. Apabila keadaan menjadi lebih baik, ambil 1 softgel setiap hari untuk menyokong keperluan GLA anda.

Wanita di atas 50 tahun yang mengalami gejala pra-menopaus harus mengambil 2 hingga 3 gel lembut setiap hari (1 biji gel lembut selepas makan).

Selepas mengambil Borage Seed Oil, aliran bulanan saya meningkat. Adakah ini normal?

Ya, ini adalah normal. Aliran haid bertambah selepas pengambilan Borage Seed Oil kerana peningkatan dalam peredaran darah. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika sebarang reaksi buruk atau aliran haid yang tidak normal diperhatikan.

Bolehkah kaum lelaki mengambil Borage Seed Oil?

Ya. Selain daripada memperbaiki kesihatan wanita, GLA dalam Borage Seed Oil juga boleh menyokong metabolisme, peredaran darah, dan kesihatan imun. Lelaki digalakkan mengambil Borage Seed Oil untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Bolehkah kaum kanak-kanak mengambil Borage Seed Oil?

Pada masa ini, terdapat bukti saintifik yang terhad untuk menyokong potensi manfaat kesihatan Borage Seed Oil untuk kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak tidak perlu mengambil Borage Seed Oil .

Bolehkah kaum wanita hamil mengambil Borage Seed Oil?

Terdapat bukti saintifik yang terhad mengenai kesan Borage Seed Oil kepada ibu hamil. Kami mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil asid lemak omega-3 seperti suplemen minyak ikan untuk manfaat positif yang terbukti pada kehamilan.

Memandangkan setiap keadaan kehamilan adalah unik, kami mengesyorkan wanita hamil untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.