Zinc A & C
Zinc A & C tablet
Zinc A & C powder

Zinc A & C

Tablet berperisa ceri yang lazat untuk menyokong kesihatan imun dan pemulihan badan


Menyokong ketahanan semula jadi badan kita

Mengekalkan sel yang sihat

Menyokong proses pemulihan badan

Menyokong fungsi normal penglihatan, bau, dan rasa

Menggalakkan keseimbangan hormon

Boleh membantu masalah kulit berjerawat

Tablet berperisa ceri yang lazat

SESUAI UNTUK

Individu yang ingin menyokong ketahanan semula jadi badan

Individu yang kekurangan zink

Individu yang ingin memperbaiki keadaan kulit mereka

Zinc A & C ingredients

Zinc

Setiap tablet mengandungi 15mg zink.

Menyokong daya ketahanan semula jadi badan dan pertumbuhan sel normal1
Sebagai mineral surih kedua paling banyak dalam badan kita selepas zat besi, zink diperlukan untuk menyokong fungsi imun. Ia juga menyokong kefungsian sel normal. Suplemen zink boleh membantu mengurangkan jumlah kolesterol, kolesterol LDL dan trigliserida. Ia juga boleh membantu meningkatkan kolesterol HDL dan mungkin bermanfaat untuk orang yang berisiko aterosklerosis.

Menyokong proses pemulihan badan1
Zink mempercepatkan pemulihan melalui pembaikan sel dan pembaharuan tisu serta membantu luka dan kecederaan yang dialami sembuh dengan lebih cepat. Ia juga dikenali untuk membantu pemulihan daripada gejala selesema biasa dengan cepat.

Zink terlibat dalam pengawalan tidur, oleh itu suplemen zink boleh membantu untuk menggalakkan tidur yang lebih baik.

Menyokong fungsi normal penglihatan, rasa, dan bau1
Zink mungkin boleh melambatkan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia dan kehilangan penglihatan.

Kekurangan zink boleh mengakibatkan deria rasa dan bau yang terjejas.

Mungkin berkesan melawan jerawat2
Antioksidan yang kuat dengan kesan anti-radang, zink boleh membantu masalah kulit berjerawat. Ia membantu penyerapan vitamin A, yang membantu dalam pengawalan pengeluaran sebum.

Ekstrak Buah Rosa Roxburghii

Setiap table mengandungi 50mg ekstrak buah rosa roxburghii.

Rosa roxburghii mengandungi polifenol dan asid askorbik yang tinggi, iaitu antioksidan kuat yang melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif.3,4

Vitamin C

Setiap table mengandungi 100mg vitamin C.

Vitamin C membantu menggalakkan sintesis kolagen, menjana semula vitamin E dalam badan, dan menyokong kesihatan imun.5

Vitamin A

Setiap table mengandungi 150mcg vitamin A.

Vitamin A adalah kunci kesihatan imun, penglihatan, dan pembiakan. Ia juga menyokong pertumbuhan sel dan memainkan peranan penting dalam pembentukan dan penyelenggaraan normal jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain.6



FAKTA TAMBAHAN


ARAHAN

Sebagai makanan tambahan

Dewasa
Ambil 1 tablet sehari.

Kanak-kanak
9 tahun dan ke atas: Ambil setengah tablet sehari.

Kunyah atau hisap sebelum ditelan.

Produk ini mengandungi laktosa.

  • Mengandungi laktosa.
  • Tiada bahan pengawet tambahan.
  • Warna produk mungkin berbeza kerana kehadiran bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.
  • Jika anda hamil, menyusu, mengambil ubat-ubatan, atau mempunyai kondisi perubatan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika berlaku sebarang reaksi buruk.
  • Jauhi dari kanak-kanak. Simpan di tempat yang dingin dan kering dan elakkan cahaya matahari langsung. Pastikan bekas ditutup rapat.
  1. Zinc Fact Sheet for Consumer. National Institutes of Health, Office of Dietary Supplements. Last updated 13 March 2019.
    https://ods.od.nih.gov/factsheets/Zinc-HealthProfessional/
  2. Dreno B. et al. (2001). Multicenter Randomised Comparative Double-Blind Controlled Clinical Trial of the Safety and Efficacy of Zinc Gluconate versus Minocycline Hydrochloride in the Treatment of Inflammatory Acne Vulgaris. Dermatology. 203; pp135-140
    Dosage: 30mg Elemental Zinc
    Trial Period: 3 months
  3. Rensburg CJ. et al. (2005). Rosa roxburghii supplementation in a controlled feeding study increases plasma antioxidant capacity and glutathione redox state. European Journal of Nutrition. 44. pp452-457
    Dosage: 4 Rosa Roxburghii capsules containing a total of 1.55g of polyphenols and 1.08g of ascorbic acid
    Trial Period: 21 days
  4. Westhuizen FH. et al. (2008). In vitro antioxidant, antimutagenic and genoprotective activity of Rosa roxburghii fruit extract. Phytotherapy Research. 22. pp376-383
  5. Vitamin C Fact Sheet for Consumer. National Institutes of Health, Office of Dietary Supplements. Last updated 17 February 2016. : https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-HealthProfessional
  6. Vitamin A Fact Sheet for Health Professionals. National Institutes of Health, Office of Dietary Supplements. Last updated 5 October 2018.: https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminA-HealthProfessional
Zinc A & C

30 biji
Buatan USA

SOALAN LAZIM

Bolehkah wanita hamil mengambil Zinc A & C?

Ya, kami mengesyorkan wanita hamil supaya mengambil Zinc A & C kerana keperluan zink untuk wanita hamil biasanya adalah lebih tinggi daripada orang biasa. Zink adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal janin.

Memandangkan setiap keadaan kehamilan adalah unik, kami mengesyorkan wanita hamil untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.

Bilakah masa terbaik untuk mengambil Zinc A & C?

Kami mengesyorkan untuk mengambil Zinc A & C semasa perut kosong untuk kesan terbaik. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pening, ambil dengan makanan.

Mengapa vegetarian perlu mengambil Zinc A & C?

Kekurangan zink biasa berlaku di kalangan vegetarian kerana ianya lebih sukar untuk badan kita menyerap zink daripada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, vegetarian digalakkan untuk mengambil Zinc A & C.