1990

Kesihatan adalah kebahagiaan!

Pendirian inilah menjadi titik permulaan Best World. Harapan kami adalah supaya dapat membekalkan penyelesaian pemakanan yang berkesan serta membawa kesihatan yang berkualiti kepada orang ramai.

1992

Tahukah anda?

Pasir karang AlkaMine (kini dikenali sebagai SangoCal) merupakan perintis dalam pasaran yang boleh dinikmati dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Sejak permulaan, misi kami adalah untuk mencari penyelesaian penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi serta inovatif daripada pelbagai sumber supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan!

1994

Kami telah memantapkan nilai-nilai asas produk kami, iaitu - Keberkesanan, Ketulenan, dan Kepekatan, dengan memastikan pemilihan bahan dan kepekatannya adalah berkualiti tinggi dan unik.

Apabila rangkaian produk kami mula berkembang, kami menjenamakan semula diri sebagai Best World Lifestyle.

1994 - 1997

Kami telah menemui teknologi yang inovatif untuk menghantar esen khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan anda supaya mudah diserap.

Penyulingan molekul dua-kali untuk minyak ikan yang berpoten tinggi, penulenan fosfatidilkolin, kalsium cair…

Bunyinya rumit, tetapi kualitinya dijamin.

1997

Rahsia kesihatan kami yang hebat seharusnya dikongsi bagi memanfaatkan lebih ramai orang! Produk-produk kami telah dibawa masuk ke Singapura.

1999

Sambutannya baik sekali!

Produk-produk kami yang berkualiti telah disambut baik malah dipapar di berita tempatan juga. Kami menjenamakan diri semula sekali lagi dan Avance menjadi nama yang popular.

2000 - 2004

Avance menjadi kegemaran di rangkaian stor seperti Watsons dan Guardian, kami sangat teruja menyaksikan Avance Super EPA 2000 telah dipilih melalui undian sebagai Suplemen Minyak Ikan Terlaris oleh Guardian pada tahun 2003 dan 2004.

2004

Pengiktirafan anugerah Singapore Promising Brand Award 2004 dan sebagai SuperBrand di Singapura telah menyakinkan kami bahawa kami berada di landasan yang betul.

Misi kami untuk menyediakan lebih pilihan yang berkualiti di pasaran telah mula membuahkan hasil!

2005-2011

Operasi runcit Avance telah diberhentikan akibat penstrukturan semula kumpulan Syarikat. Walaupun kami tidak lagi menjual melalui saluran runcit, Avance terus berkembang!

Kami terus berinovasi dan ini telah membawa hasil pengiktirafan Superbrand awards dalam beberapa tahun yang akan datang.

2011.05

Kami melancarkan suplemen kecantikan pertama – Collagen Plus – dalam rangkaian produk Avance!

Ia menggabungkan bahan-bahan terunggul seperti Peptida Kolagen Ikan dari Perancis serta serbuk mutiara untuk membantu kulit anda bersinar sihat dan berseri dari dalam ke luar!

2012

Avance berwajah baru!

Dengan 5 kategori produk dibawah rangkaian jenama yang mantap bagi memenuhi setiap keperluan kesihatan anda, iaitu: Kesihatan Penghadaman, Peredaran Darah, Peremajaan, Imuniti Semulajadi, dan Keseriaan Luaran, Avance telah menjadi sebuah jenama kesihatan holistik yang dipercayai anda.

2013.08

Kami telah melancarkan HA Jelly yang dapat membantu anda mencapai semula kulit awet muda dan anjal serta menikmati penghidratan dan merasai jeli yang sedap!

Lazat dan berkesan. Cubalah sendiri!

2014. 10

Dengan menggabungkan intipati perubatan herba Cina dan teknologi Barat, kami telah mencipta resipi yang hebat untuk membantu anda menurunkan kolesterol – Red Yeast Rice Plus!

2016. 02

Kami telah menguatkan manfaat kebaikan brokoli sebanyak 12 kali ganda dengan menggabungkan ekstrak tulen biji brokoli dengan serat prebiotik dan menghasilkan antioksidan yang kuat dengan sifat penghadaman yang baik.

Semulajadi, tulen, berkesan.

2016. 02

Melalui usaha dan semangat yang tak terhalang, Avance terus maju ke arah sedunia. Pada tahun 2016, kami menerima pengiktirafan SuperBrands Philippines’ Choice award. Terima kasih atas kesayangan anda!

2016. 11

Hanya dalam beberapa bulan selepas dilancarkan di pasaran, Broculin telah memenangi Anugerah Kecantikan dan Kesejahteraan sebagai produk suplemen detoks terbaik pilihan editor, anjuran majalah dalam talian di Singapura, “Beauty Insider”!

2017. 05

Dengan menggunakan Glutathione dan campuran antioksidan semulajadi yang premium, kami melancarkan GLO Caps untuk mencerahkan kulit dan mengukuhkan kesihatan keseluruhan.

Nikmatilah formula yang membawa pelbagai manfaat!

2018

Kami memperkenalkan 3 produk baharu yang boleh membawa lebih manfaat kepada kesihatan penghadaman, imun, otak, dan penglihatan kita!

2022

Kami menaik tarafkan formula suplemen multivitamin kami dengan pelancaran semula One Plus A Day. Formula baharu mengandungi 21 vitamin dan mineral yang ditapai dengan glikoprotein untuk membantu badan menyerap nutrien dengan lebih baik.

2023

Produk penjagaan tulang terbaharu kami Cal/Mag Plus telah dilancarkan, menampilkan formula bioavailabiliti tinggi menggunakan kalsium alga merah yang diperoleh daripada Westfjords, Iceland.

Pada tahun yang sama, kami menyertai perjuangan menentang kanser kanak-kanak dengan menyumbang kepada dana Profesor George dan Jennifer Yeo untuk Onkologi Pediatrik. Ditubuhkan oleh Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS), dana itu bertujuan meningkatkan kadar penyembuhan kanak-kanak yang menghidap kanser di dalam dan luar negara.

Suplemen Keceriaan

Kami percaya bahawa hari yang ceria dan bahagia bermula dengan badan yang sihat.

Walaupun perjalanan selama ini cukup menakjubkan, kami tetap gigih dalam usaha mencipta inovasi berkualiti untuk membantu anda merasai kebahagiaan dari dalam.

Nota: Ini ialah ringkasan umum garis masa dan sejarah jenama Avance di peringkat antarabangsa. Sila rujuk kepada rantau masing-masing untuk ketersediaan dan pengemaskinian produk-produk.

Mereka menemui kebahagiaan setelah menggunakan Avance!

Baca kisah mereka di sini dan alamilah perubahan mereka! Semoga anda juga menemui kebahagiaan anda!

Kongsi kisah kami dengan keluarga dan rakan anda, dan mulakan

perjalanan mereka menerajui kebahagiaan!