Omega 3 Plus
Omega 3 Plus softgel

Omega 3 Plus

Minyak Ikan Pekat, disuling secara molekul untuk kesihatan peredaran darah dan prestasi mental


Menyokong kesihatan peredaran darah

Membantu mengurangkan tahap trigliserida

Menyokong kesihatan otak dan prestasi mental

Menyokong penglihatan yang jelas

Menyokong kesihatan sendi

SESUAI UNTUK

Individu yang ingin memperbaiki kesihatan peredaran darah dan jantung

Mereka yang ingin mengekalkan ketajaman mental

Omega 3 Plus ingredients

EPA

Setiap kapsul gel lembut mengandungi 500mg EPA.

Membantu meningkatkan peredaran darah
Pengambilan minyak ikan secara tetap membantu meningkatkan peredaran darah dan menyokong kesihatan jantung.

Membantu mengurangkan tahap trigliserida
Pengambilan minyak ikan secara tetap boleh menurunkan paras kolesterol.1

Menyokong kesihatan sendi
Kedua-dua EPA dan DHA menghalang faktor keradangan yang menyebabkan sendi bengkak dan lembut.2

DHA

Setiap kapsul gel lembut mengandungi 310mg DHA.

Menyokong kesihatan otak
DHA menyokong prestasi mental, tumpuan dan ingatan, mengekalkan minda yang tajam dan berjaga-jaga.3

Membantu meningkatkan kebolehan pembelajaran kanak-kanak
Khasiat DHA yang mencukupi pada peringkat perkembangan kanak-kanak membantu pembelajaran dan perkembangan kognitif mereka.4

Manfaat bagi ibu mengandung
Ibu mengandung yang mengambil DHA dapat memanfaatkan kesihatan otak bayi sebaik sahaja dilahirkan. Kajian telah menunjukkan penglihatan dan kemahiran penyelesaian masalah si bayi-bayi lebih baik apabila mereka meningkat ke usia kanak-kanak.5

Menyokong penglihatan yang jelas
DHA boleh membantu melambatkan atau mencegah penyakit mata dan kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh penuaan.6,7



FAKTA TAMBAHAN


ARAHAN

Sebagai makanan tambahan,
ambil 1 kapsul gel lembut setiap hari selepas makan.

Penyulingan molekul dwi-peringkat

Membantu menghilangkan kekotoran dan logam berat serta memaksimumkan kepekatan EPA dan DHA.


Ketulenan dan potensi yang tinggi

Dengan jumlah gabungan sebanyak 810mg EPA dan DHA dalam satu kapsul gel lembut, Omega 3 Plus mempunyai kepekatan EPA dan DHA yang paling tulen dan tertinggi di pasaran.

  • Mengandungi minyak ikan.
  • Tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan ditambah.
  • Warna produk mungkin berbeza kerana tiada pewarna tiruan dan kehadiran bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.
  • Jika anda hamil, menyusu, mengambil ubat-ubatan, atau mempunyai kondisi perubatan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika berlaku sebarang reaksi buruk.
  • Jauhi dari kanak-kanak. Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan cahaya matahari langsung. Pastikan bekas ditutup rapat.
  1. Harris WS. (2004). Fish Oil supplementation: Evidence for health benefits. Cleveland Clinic Journal of Medicine. 71(3): pp208-221
  2. Kremer, J M et al. (1990). Dietary fish oil and olive oil supplementation in patients with rheumatoid arthritis. Clinical and immunologic effects. Arthritis and rheumatism, 33(6), 810–820
  3. Yurko-Mauro K. et al. DHA AND Adult Memory- A Systematic Review and Meta- Analysis. PLoS ONE, 2015; 10(3)
  4. Richardson, AJ. et al. (2012). Docosahexanoic acid for reading, cognition and behavior in children aged 7-9 years: A randomised, controlled trial (The DOLAB Study). PLoS ONE 7(9):e43909
    Dosage: 600mg DHA/day
    Trial Period: 16 weeks
  5. Rogers LK et al. DHA Supplementation- Current Implications in Pregnancy and Childhood; Pharmacol Res, 2013; 70(1)
  6. Wang, Y. E., Tseng, V. L., Yu, F., Caprioli, J., & Coleman, A. L. (2018). Association of Dietary Fatty Acid Intake With Glaucoma in the United States. JAMA ophthalmology, 136(2), 141–147
  7. Van Leeuwen, E. M. et al. (2018). A new perspective on lipid research in age-related macular degeneration. Progress in retinal and eye research, 67, 56–86
Omega 3 Plus

30 kapsul gel lembut
Buatan AS

SOALAN LAZIM

Adakah Omega 3 Plus menggunakan minyak ikan ethyl ester (EE) atau trigliserida (TG)?

Omega 3 Plus menggunakan minyak ikan trigliserida (TG). Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan dalam bentuk TG mempunyai lebih banyak faedah daripada dalam bentuk ethyl ester (EE):

  • Kestabilan yang lebih tinggi:

    Minyak ikan TG mempunyai kestabilan yang lebih tinggi kerana struktur molekulnya yang kompleks dan kewujudan ikatan berganda tak tepu. Struktur semula jadi ini memberikan minyak ikan TG perlindungan yang lebih baik kerana ia kurang berkemungkinan dipengaruhi oleh molekul yang tidak stabil, seperti radikal bebas.

    Sebaliknya, kerana minyak ikan EE mengalami pengubahsuaian kimia, ia kehilangan bentuk struktur semula jadi yang stabil dalam proses itu dan wujud sebagai struktur linear mudah. Oleh itu, minyak ikan EE kurang stabil dan lebih berkemungkinan dipengaruhi oleh molekul yang tidak stabil serta berpeluang lebih tinggi untuk teroksida.

  • Ketersediaan bio yang lebih tinggi:

    Kajian mencadangkan bahawa minyak ikan TG lebih mudah dan cepat diserap oleh tubuh manusia jika dibandingkan dengan minyak ikan EE.

    Menurut sebuah kajian, penguji yang mengambil minyak ikan TG telah menunjukkan kandungan DHA/EPA darah 3 jam lebih awal daripada penguji yang mengambil minyak ikan EE.

    Satu lagi kajian juga menyokong laporan ini dengan menunjukkan bioavailabiliti minyak ikan EE dalam diet biasa dan diet tinggi lemak masing-masing adalah 20% dan 60% manakala bioavailabiliti minyak ikan TG dalam diet biasa dan diet tinggi lemak masing-masing ialah 69% dan 96%.

Apakah jenis ikan yang digunakan untuk menghasilkan Omega 3 Plus?

Omega 3 Plus menggunakan ikan yang secara semula jadi mengandungi kepekatan asid lemak omega-3 yang lebih tinggi. Minyak ikan dalamOmega 3 Plus diekstrak daripada ikan bilis segar (Engraulis ringens).

Omega 3 Plus mengandungi 1300mg minyak ikan di mana 1000mg daripada jumlah minyak ikan adalah asid lemak omega-3. Apakah komponen yang menyumbang kepada baki jumlah 300mg?

Omega 3 Plus mengandungi 1000mg asid lemak omega-3, terdiri daripada 500mg EPA, 310mg DHA, dan 190mg asid lemak omega-3 yang lain.

Sebagai bahan semula jadi, hadirnya komponen lain yang secara semula jadi terdapat dalam minyak ikan. Ini termasuk asid lemak lain yang meningkatkan penyerapan asid lemak omega-3, fosfolipid dan vitamin, ada daripadanya bertindak sebagai antioksidan semula jadi dalam minyak ikan.

Omega 3 Plus hanya menggunakan minyak ikan berkualiti tinggi yang telah menjalani proses penyulingan molekul dwi peringkat. Dalam proses ini, kebanyakan kekotoran dan logam berat telah disingkirkan, meninggalkan bahan-bahan yang berfaedah, terutamanya asid lemak omega-3.

Bolehkah wanita hamil mengambil Omega 3 Plus?

Ya, kami mengesyorkan wanita hamil mengambil Omega 3 Plus terutamanya semasa trimester ketiga untuk membantu perkembangan otak bayi.

Kajian telah menunjukkan bahawa bayi-bayi yang ibunya mengambil DHA sepanjang tempoh kehamilan mereka menikmati kesihatan otak yang lebih baik sebaik sahaja mereka dilahirkan. Kajian juga menunjukkan penglihatan yang lebih baik dan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih kuat bagi bayi-bayi tersebut apabila mereka meningkat ke zaman kanak-kanak.

Memandangkan setiap keadaan kehamilan adalah unik, kami mengesyorkan wanita hamil untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.