Akta Perlindungan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi



Maklumat Umum

Best World International Limited dan anak syarikatnya (secara kolektif, "Best World" atau "kami") menghormati hak yang anda miliki di bawah undang-undang dan akta perlindungan data peribadi yang berkaitan. Akta perlindungan data peribadi kami terpakai kepada semua wilayah di mana perniagaan kami beroperasi, melainkan dinyatakan sebaliknya. Best World mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda untuk tujuan seperti yang dimaklumkan kepada anda dalam akta ini atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan. Kami berharap dengan kewujudan akta kami, anda akan mendapat ketenangan fikiran sebagai pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Ingerris dan versi dalam mana-mana bahasa lain bagi Terma ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai dan diutamakan.

Dengan melayari laman web Avance kami dan/atau menggunakan perkhidmatan kami sebagai ahli berdaftar (termasuk tetapi tidak terhad kepada melalui laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami), anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam akta ini. Akta ini tidak menggantikan sebarang persetujuan yang mungkin telah anda berikan kepada kami sebelum ini. Kami berhak untuk mengubah atau mengemas kini akta ini dari semasa ke semasa, dan sebarang perubahan kepada akta ini akan berkuat kuasa apabila kami menyiarkan akta yang disemak semula di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami. Anda boleh menyemak tarikh kuat kuasa yang disiarkan di bahagian bawah akta ini. Kami menggalakkan anda untuk membaca akta ini setiap kali anda melawat laman web kami atau menggunakan aplikasi mudah alih kami untuk memastikan bahawa anda mengetahui sebarang perubahan yang terkini.

Pungumpulan Data Peribadi

Kami mengumpul data peribadi anda:

  • semasa anda log masuk dan/atau mengguna apapun perkhidmatan kami yang terdapat dalam laman web kami;
  • selepas anda bersetuju dengan penggunaan cookie pada peranti anda;
  • apabila anda berinteraksi dengan kami melalui telefon, SMS, aplikasi pemesejan, mesyuarat bersemuka, platform sosial media dan e-mel;
  • ketika anda dihubungi, dan memberi respons kepada wakil pemasaran dan pegawai perkhidmatan pelanggan kami; atau
  • apabila anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami atas sebarang sebab pun jua.

Jenis-jenis data peribadi yang anda mungkin berikan kepada kami (bergantung pada sifat interaksi anda dengan kami) termasuk: nama, maklumat perhubungan (contohnya, nombor telefon bimbit, alamat e-mail, alamat penghantaran), data lokasi geografi masa nyata dan apa-apa data lain yang anda telah berikan kepada kami dalam sebarang bentuk yang telah anda serahkan kepada kami, melalui apa-apa bentuk interaksi lain. Data peribadi lain yang mungkin anda kumpulkan daripada anda termasuk perihalan atau keutamaan peribadi anda, gambar, maklumat tentang peranti anda atau pengunnaan dan interaksi dengan laman web dan/atau perkhidmatan kami melalui cara automatik menggunakan teknologi seperti cookie, log pelayan web dan web beacon dsb.

Jika anda memberikan data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah mendapat persetujuan pihak ketiga untuk memberikan kami data peribadi mereka untuk tujuan masing-masing yang dinyatakan dalam dasar ini.

Anda harus memastikan bahawa semua data peribadi yang diserah kepada kami adalah tepat dan lengkap.

Tujuan Pengumpulan, Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

Kami mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk memberikan anda akses kepada dan penggunaan perkhidmatan kami;
  • untuk berkomunikasi dengan anda mengenai produk, perkhidmatan dan promosi kami, dan acara lain yang mungkin menarik minat anda;
  • untuk menjalankan analisis perniagaan dan pemprofilan data untuk menambah baik laman web, produk dan perkhidmatan yang dibekalkan kepada anda;
  • untuk menyiarkan ulasan atau kandungan anda tentang penggunaan produk kami;
  • untuk memberi respons kepada maklum balas atau aduan anda;
  • di mana perlu, untuk apa-apa penyiasatan atau Langkah-langkah seterusnya; atau
  • untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga kami (di dalam dan di luar wilayah tempat tinggal anda) untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Penggunaan Cookie

Kami menggunakan cookie di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami untuk memudahkan akses dan penggunaan perkhidmatan kami. Dengan melayari atau menggunakan laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami, anda bersetuju dengan penggunaan cookie kami untuk mengumpulkan maklumat mengenai data penggunaan dalam talian anda dan meningkatkan pengalaman dalam talian anda. Jika anda mematikan cookie, sesetengah perkhidmatan kami tidak akan berfungsi dan transaksi mungkin tidak selesai.

Analitis Web Pihak Ketiga

Kami mungkin menggunakan perkhidmatan analitis web pihak ketiga, seperti Google Analitis dan/atau Baidu Tongji, untuk membantu kami menganalisis cara pelawat menggunakan laman web dan aplikasi mudah alih kami. Pembekal-pembekal perkhidmatan yang mentadbir perkhidmatan ini menggunakan teknologi seperti cookie, log pelayan web dan web beacon. Maklumat yang dikumpul melalui cara-cara ini (termasuk alamat IP) akan didedahkan kepada pembekal-pembekal perkhidmatan ini. Mereka mungkin mengumpulkan data khalayak seperti umur, jantina dan minat untuk lebih memahami gelagat pelawat kami. Proses ini juga membantu kami mengurus dan menjejaki keberkesanan usaha pemasaran kami. Kami tidak menggabungkan maklumat yang dikumpul dengan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.

Anda boleh menghalang alat analisis daripada mengenali lawatan ulangan anda ke laman web dan aplikasi mudah alih kami dengan melumpuhkan cookie pada penyemak imbas anda.

Untuk melumpuhkan Google Analitis, sila muat turun alat tambah penyemak imbas untuk penyahaktifan yang disediakan oleh Google di https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=ms.

Maklumat lanjut tentang pengendalian data pengguna oleh Google boleh didapati dalam Dasar Privasi Google.

Untuk menukar pilihan perkongsian data anda untuk Baidu, sila lawati halaman Tetapan Privasi Baidu.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara Baidu mengumpul dan melindungi data anda dalam Dasar Privasi Baidu.

Pengiklanan Berasaskan Internet Pihak Ketiga

Kami mungkin menggunakan perkhidmatan satu atau lebih syarikat pihak ketiga untuk pengiklanan berasaskan internet (juga dipanggil "pengiklanan sasaran", "pemasaran semula" atau "pengiklanan tingkah laku"). Jika kami berbuat demikian, syarikat pengiklanan pihak ketiga ini juga mungkin mengumpul maklumat daripada aktiviti anda di laman web dan aplikasi mudah alih kami serta laman web lain untuk membantu memperibadikan pengalaman anda dan menyediakan iklan yang disasarkan untuk memenuhi minat dan pilihan anda. Ini bermakna iklan kami mungkin muncul di laman web yang mengambil bahagian berdasarkan aktiviti penyemakan imbas anda. Kami mungkin menggunakan dan membenarkan syarikat pengiklanan pihak ketiga kami menggunakan teknologi-teknologi yang tersenarai di atas (baca bahagian "Analisis Web Pihak Ketiga") dan teknologi-teknologi lain yang serupa.

Anda boleh menarik diri daripada pengumpulan maklumat automatik oleh Google dan/atau Baidu untuk tujuan menyampaikan iklan yang disesuaikan dengan minat anda dengan melawati halaman Pemperibadian Iklan Google dan/atau halaman Pemperibadian Iklan Baidu.

Pengekalan Data Peribadi

Data peribadi anda akan disimpan selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulannya untuk tujuan perniagaan atau undang-undang, atau megikut undang-undang yang berkenaan.

Perlindungan Data Peribadi

Antara beberapa langkah kawalan keselamatan lain, Best World melaksanakan amalan terbaik industri berikut untuk memastikan data peribadi anda dengan kami selamat:

  • Firewall bagi melindungi sistem daripada capaian yang tidak dibenarkan melalui Internet.
  • Penyulitan Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk melindungi data anda semasa penghantarannya melalui Internet.
  • Di mana berkenaan, penyelesaian antivirus canggih secara aktif memantau dan melindungi sistem Best World daripada perisian dan serangan berniat jahat.

Menghubungi Kami – Menarik Balik Persetujuan, Mengakses dan Mengubah Data Peribadi

Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda dengan menghantar e-mel kepeda Pengawai Perlindungan Data kami di alamat e-mel di bawah. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan perkhidmatan kepada and ajika persetujuan ditarik balik, dan kami mungkin perlu menamatkan keahlian sedia ada anda dengan kami.

Jika anda ingin meminta untuk mengakses/membentulkan data peribadi lain, atau jika anda mempunyai sebarang maklum balas/aduan mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi kami, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel ke alamat di bawah.

Untuk membantu kami dalam menangani permintaan anda, sila kemukakan nama penuh dan kod ahli anda.

E-mel: dpo@bwlgroup.com



Akta ini berkuat kuasa mulai 1 September 2024.