Liqui CalMag Plus
Liqui CalMag Plus softgel
Liqui CalMag Plus texture

Liqui CalMag Plus

Nisbah Kalsium dan Magnesium yang seimbang untuk mengekalkan tulang dan gigi yang sihat


Mengekalkan tulang dan gigi yang sihat

Meningkatkan perkembangan otot, tendon, ligamen, dan tulang rawan yang sihat untuk ketangkasan fizikal yang lebih baik

Membantu dalam merehatkan otot dan meredakan kelesuan

Menggalakkan tidur yang lena

Membantu dalam penyerapan mineral penting daripada makanan

SESUAI UNTUK

Individu yang kekurangan kalsium dan ingin menguatkan kesihatan tulang mereka

Wanita yang lebih terdedah kepada osteoporosis

Individu yang ingin meningkatkan kualiti tidur

Liqui CalMag Plus ingredients

Kalsium

Setiap kapsul gel lembut mengandungi 333mg kalsium.

Bahan utama untuk kesihatan tulang
99% kalsium badan kita disalurkan untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. Namun kita sering tidak mengambil kalsium yang mencukupi dalam diet harian kita.

Apabila usia semakin meningkat, tulang kita kehilangan ketumpatan dan menjadi lebih rapuh, meningkatkan kemungkinan osteoporosis. Bekalan kalsium yang mencukupi dapat membantu mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Menyokong mobiliti dan fungsi otot
Suplemen kalsium yang kerap membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Kalsium juga boleh membantu dengan fungsi otot seperti penguncupan vaskular dan vasodilatasi - penguncupan dan pelebaran saluran darah, yang boleh mengawal aliran darah ke otot.

Magnesium

Setiap kapsul gel lembut mengandungi 133mg magnesium.

Memudahkan penyerapan mineral untuk pembinaan tulang1
Magnesium membantu badan kita menyerap mineral penting untuk pembinaan tulang, seperti kalsium, vitamin D dan fosforus.

Membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan kelesuan2
Magnesium membantu dalam melegakan ketegangan otot dan meredakan kelesuan dengan menggalakkan penghasilan tenaga.

Menggalakkan tidur yang lena3
Magnesium menggalakkan istirahat dan memudahkan tidur. Suplemen magnesium yang kerap telah dikaitkan dengan perbaikan ketara dalam gejala insomnia.

Boron dan Vitamin D

Kedua-dua boron dan vitamin D menggalakkan pertumbuhan tulang yang sihat. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium manakala boron menyokong metabolisme kalsium dan magnesium yang betul.



FAKTA TAMBAHAN


ARAHAN

Sebagai makanan tambahan

Dewasa
Ambil 1 sehingga 2 kapsul gel lembut setiap hari.

Kanak-kanak
Umur 9 tahun dan ke atas: Ambil 1 kapsul gel lembut setiap hari.
Picit isi kandungan kapsul gel lembut keluar dan campur dengan susu untuk penggunaan yang lebih mudah.

Ambil selepas makan.

Nisbah seimbang Kalsium : Magnesium

Nisbah pengambilan kalsium/magnesium yang seimbang boleh menawarkan penyerapan yang lebih baik bagi kedua-dua mineral. Pengambilan magnesium juga boleh membantu melengkapkan perkembangan tulang.4,5

Liqui CalMag Plus dirumus dengan nisbah kalsium kepada magnesium 2.5:1. Kajian telah menunjukkan bahawa nisbah 2:1 hingga 3:1 kalsium kepada magnesium diterima umum sebagai seimbang.5,6


Formula cecair TriCal yang unik

Kalsium dalam Liqui Cal/Mag diperoleh daripada tiga sebatian kalsium berbeza, yang membantu mengoptimumkan potensi. Salah satu sebatian yang digunakan – kalsium sitrat, membolehkan penyerapan yang lebih baik dan lebih lembut kepada perut.7

  • Mengandungi kacang soya dan lilin lebah.
  • Tiada bahan pengawet, pewarna tiruan, dan perasa tambahan.
  • Warna produk mungkin berbeza kerana tiada pewarna tiruan dan kehadiran bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.
  • Jika anda hamil, menyusu, mengambil ubat-ubatan, atau mempunyai kondisi perubatan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika berlaku sebarang reaksi buruk.
  • Jauhi dari kanak-kanak. Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan cahaya matahari langsung. Pastikan bekas ditutup rapat.
  1. Castiglioni.S. (2013). Magnesium and osteoporosis: Current state of knowledge and future research directions. Nutrients. 5: pp3022-3033
  2. Magnesium in diet. U.S. National Library of Medicine.:
    https://medlineplus.gov/ency/article/002423.htm
  3. Schwalfenberg, G. K., & Genuis, S. J. (2017). The Importance of Magnesium in Clinical Healthcare. Scientifica.
  4. DiNicolantonio, McCarty & O'Keefe (2017). Decreased magnesium status may mediate the increased cardiovascular risk associated with calcium supplementation. Open Heart. 4(1).
  5. Costello, R. B., Rosanoff, A., Dai, Q., Saldanha, L. G., & Potischman, N. A. (2021). Perspective: Characterization of Dietary Supplements Containing Calcium and Magnesium and Their Respective Ratio-Is a Rising Ratio a Cause for Concern?. Advances in nutrition (Bethesda, Md.), 12(2), 291–297.
  6. Rosanoff, Dai, & Shapses (2016). Essential Nutrient Interactions: Does Low or Suboptimal Magnesium Status Interact with Vitamin D and/or Calcium Status?. Advances in Nutrition. 7(1), 25–43.
  7. Wood, R.J. & Serfaty-Lacrosniere, C. (1992). Gastric Acidity, Atrophic Gastritis, and Calcium Absorption. Nutrition Reviews. 50: 33-40
Liqui CalMag Plus

30 kapsul gel lembut
Buatan AS

“Selepas mengambil Liqui CalMag Plus kira-kira sebulan, sakit di bahagian bawah belakang saya berkurangan dengan ketara!”

Rasa lebih bertenaga dan segar

Liqui CalMag Plus banyak membantu saya dan suami dalam kualiti tidur kami, dan kami bangun berasa lebih bertenaga dan segar. Ia telah menjadi makanan tambahan ruji kami setiap malam selama 10 bulan yang lalu dan kami akan terus mengambilnya.

Yun Nai

Sakit pinggang saya bertambah baik

Sebagai seorang pendandan rambut, biasanya saya kena berdiri untuk berjam-jam dan postur yang lemah selama ini telah menyebabkan saya banyak sakit badan.

Selepas mengambil Liqui Cal/Mag kira-kira sebulan, sakit di bahagian bawah belakang saya telah berkurangan dengan ketara. Tanpa rasa sakit, saya boleh tidur dengan lebih lena dan bangun dengan rasa lebih segar dan bertenaga.

Ming Gu

1

*Ulasan dikongsi oleh pengguna sebenar dan disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Hasil individu mungkin berbeza-beza.


KONGSI ULASAN

LEBIH BANYAK ULASAN



SOALAN LAZIM

Bolehkah wanita hamil mengambil Liqui CalMag Plus?

Ya, wanita hamil biasanya mempunyai keperluan kalsium yang lebih tinggi untuk perkembangan tulang janin yang sedang membesar. Kami menggalakkan ibu mengandung dan menyusu untuk mengambil Liqui CalMag Plus untuk mengelakkan pencairan kalsium dari tulang ibu dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi.

Memandangkan setiap keadaan kehamilan adalah unik, kami mengesyorkan wanita hamil untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.