PhosChol 565
PhosChol 565 softgel

PhosChol 565

Phosphatidylcholine pekat untuk membantu fungsi hati dan otak


Menyokong kesihatan hati

Mambantu metabolisme lemak

Mengurangkan rasa letih

Menyokong prestasi mental

Membekalkan khasiat kepada ibu mengandung

SESUAI UNTUK

Individu yang ingin menyokong kesihatan hati

Individu yang ingin meningkatkan tahap tenaga mereka

Kanak-kanak, orang dewasa, dan warga emas yang ingin mengekalkan kecekalan mental

PhosChol 565 ingredients

Phosphatidylcholine (PC)

Setiap kapsul gel lembut mengandungi 565mg PC.

Meningkatkan kesihatan hati1 dan pundi hempedu
PC menyokong fungsi detoks dan meningkatkan metabolisme lemak2 hati, yang juga memberi manfaat kepada pundi hempedu.3

PC juga melindungi sel-sel hati daripada kerosakan yang berlebihan dan membantu dalam pembaikan dan pemulihannya.

Mengekalkan tahap tenaga
PC membekalkan badan kita dengan choline, iaitu bahan yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi-fungsi sel yang sihat.

Pengurangan choline boleh mengakibatkan penurunan tahap tenaga. Pengambilan PC yang kerap dapat mengekalkan tahap choline yang baik dalam badan kita, mengurangkan rasa letih.4

Menyokong prestasi mental
PC menyokong fungsi ingatan dan membantu meningkatkan fungsi kognitif yang bermanfaat untuk melambatkan permulaan demensia pada warga emas.5

Manfaat bagi ibu mengandung
Kanak-kanak yang ibunya mengambil PC semasa mengandung menikmati kesihatan kognitif yang lebih baik seperti ingatan yang lebih baik.6



FAKTA TAMBAHAN


ARAHAN

Sebagai makanan tambahan,
ambil 1 hingga 3 kapsul gel lembut setiap hari selepas makan.

Kepekatan dan potensi tinggi

Kebanyakan PC yang tersedia secara komersial menggunakan nama lesitin kerana proses pengekstrakannya berhenti apabila lesitin diperoleh. Lesitin hanya mengandungi kepekatan PC yang rendah, iaitu 20-25%.

PhosChol 565 menjalani langkah tambahan dalam proses pengekstrakannya bagi memastikan kepekatan PC yang tinggi diperolehi. Setiap kapsul gel lembut mengandungi 565mg PC, iaitu bersamaan dengan 3 gelas susu kacang soya.

  • Mengandungi phosphatidylcholine yang berasal dari kacang soya.
  • Tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan ditambah.
  • Warna produk mungkin berbeza kerana tiada pewarna tiruan dan kehadiran bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.
  • Jika anda hamil, menyusu, mengambil ubat-ubatan, atau mempunyai kondisi perubatan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika berlaku sebarang reaksi buruk.
  • Jauhi dari kanak-kanak. Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan cahaya matahari langsung. Pastikan bekas ditutup rapat.
  1. Maev,IV., Samsonov, A. A., Palgova, L. K., et al. (2020). Effectiveness of phosphatidylcholine as adjunctive therapy in improving liver function tests in patients with non-alcoholic fatty liver disease and metabolic comorbidities: real-life observational study from Russia. BMJ Open Gastro 2020;7
  2. Salti. G. et al. (2008). Phosphatidylcholine and Sodium Deoxycholate in the Treatment of Localised Fat: A Double-Blind, Randomised Study. The American Society for Dermatologic Surgery. 34: 60-66
  3. Kasbo, J. et al. (2003). Phosphatidylcholine-enriched diet prevents gallstone formation in mice susceptible to cholelithiasis. Journal of Lipid Research. 44: 2297-2303
  4. Hirose, et al. (2018). Effect of soy lecithin on fatigue and menopausal symptoms in middle-aged women: a randomized, double-blind, placebo-controlled study. Nutrition Journal. 17:4.
  5. Ylilauri, M., et al. (2019). Associations of dietary choline intake with risk of incident dementia and with cognitive performance: the Kuopio Ischaemic Heart Disease Risk Factor Study. The American Journal of Clinical Nutrition
  6. Bahnfleth, C. L., Strupp, B. J., Caudill, M. A., & Canfield, R. L. (2022). Prenatal choline supplementation improves child sustained attention: A 7-year follow-up of a randomized controlled feeding trial. FASEB journal : official publication of the Federation of American Societies for Experimental Biology, 36(1)
PhosChol 565

30 kapsul gel lembut   ·   60 kapsul gel lembut
Buatan AS

“Saya berasa lebih bertenaga pada waktu siang dan kini kurang menguap.”

Saya dapat merasakan perbezaannya

Dulu saya selalu berasa letih sepanjang masa dan kerap menguap walaupun waktu tidur saya mencukupi. Rasanya tahap tenaga saya tidak mencukupi untuk menandingi hari saya. Saya dapat rasakan perbezaannya selepas menghabiskan sebotol! Saya berasa lebih bertenaga pada waktu siang dan mendapati diri saya kurang menguap. Suami saya yang berjaga malam dan tidak kerap bersenam juga telah mula mengambil PhosChol 565, begitu juga anak saya.

Greta

Saya rasa lebih bertenaga

Saya mengalami insomnia selama bertahun-tahun dan bergantung pada pil tidur setiap malam. Walaupun begitu, biasanya saya hanya dapat tidur selama 4 jam tidur dan kualiti tidur saya tidak baik. Saya berasa letih pada kebanyakan masa. Sukar untuk fokus di tempat kerja.

Tabib Cina memberitahu saya bahawa kesihatan hati saya lemah, ia menjejaskan kualiti tidur saya. Saya mula mengambil 2 gel lembut PhosChol 565 sehari dan selepas 3 bulan, saya mendapati diri saya dapat tidur dengan lebih lena apabila kesihatan hati saya bertambah baik - saya kurang bangun pada waktu malam dan tidak lagi memerlukan pil tidur. Dengan pengambilan PhosChol 565, saya mengalami malam yang lebih tenang dan bangun dengan rasa bertenaga dan segar!

Kim

Ingatan saya bertambah baik

PhosChol 565 mengandungi Phosphatidylcholine pekat yang amat berguna untuk menyokong kesihatan otak kita. Selepas mengambilnya, saya berasa kurang letih sepanjang hari dan daya ingatan saya juga bertambah baik.

Phosphatidylcholine boleh membantu dengan detoks dan metabolisme lemak. Saya sedang berdiet dan saya mengambil 2 kapsul setiap hari!

Carina

1

*Ulasan dikongsi oleh pengguna sebenar dan disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Hasil individu mungkin berbeza-beza.


KONGSI ULASAN

LEBIH BANYAK ULASAN



SOALAN LAZIM

Mengapakah gel lembut dalam botol PhosChol 565 saya menjadi melekit?

PhosChol 565 mengandungi kepekatan phosphatidylcholine (PC) yang tinggi. PC mudah terdedah kepada kebocoran gel lembut kerana sifat surfaktan molekul kecilnya. Surfaktan molekul kecil mempunyai kepala larut air dan ekor larut minyak. Oleh kerana gel lembut dibuat dengan gelatin, gliserin, dan air, PC boleh melekat pada cangkerang air gelatin dan mungkin meresap melalui tepinya. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan pengembangan minyak manakala kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan hujung PC yang larut dalam air menarik lembapan - kesemua ini boleh memburukkan lagi keadaan.

Hakikatnya, masalah kebocoran adalah normal untuk PC atau produk-produk softgel lesitin. Ramai pengeluar mencegah masalah ini dengan mengurangkan kepekatan PC.

Namun, PhosChol 565 mengekalkan kepekatan tinggi PC sambil berusaha untuk meningkatkan kestabilan formula. Walau bagainmanapun, kadang-kadang kebocoran mungkin diperhatikan jika produk tidak disimpan atau diangkut dalam keadaan yang dingin dan kering. Sentiasa simpan produk di tempat yang dingin dan kering jauh dari cahaya matahari langsung. Elakkan menggoncang produk untuk mencegah kebocoran.

Bolehkah kanak-kanak mengambil PhosChol 565?

Ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk memberi anak-anak berumur 1 tahun ke atas 1 kapsul gel lembut PhosChol setiap hari.

Phosphatidylcholine membantu menggalakkan kesihatan otak umum dan boleh membantu meningkatkan fokus dan konsentrasi untuk kanak-kanak yang mempunyai tumpuan perhatian yang lebih pendek. Anda boleh memerah keluar kandungan gel lembut untuk memudahkan anak anda mengambilnya.

Memandangkan keperluan setiap kanak-kanak adalah unik, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik mengenai keperluan khusus anak anda.

Jika anda memerhatikan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini akibat pengambilan mana-mana suplemen kesihatan, sila hentikan penggunaan produk dengan segera dan dapatkan nasihat doktor.

Bolehkah wanita hamil mengambil PhosChol 565?

Ya. Kami mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil PhosChol 565 bagi menambah semula tahap choline yang biasanya berkurangan semasa mengandung dan penyusuan. Choline boleh membantu untuk menyokong perkembangan otak dan mencegah kecacatan kelahiran tertentu seperti spina bifida.

Memandangkan setiap keadaan kehamilan adalah unik, kami mengesyorkan wanita hamil untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.

Mereka yang mempunyai masalah gout tidak disyorkan untuk mengambil kacang soya. Bolehkah mereka yang mengalami masalah gout mengambil PhosChol 565?

Ya. Mereka yang mengalami masalah gout diwajibkan mengelak daripada memakan kacang soya kerana terdapatnya purin yang boleh menambah burukkan masalah gout. Tetapi, PhosChol 565 diekstrak daripada lesitin kacang soya yang telah ditulen dan ditapis supaya hanya mengandungi terutamanya phosphatidylcholine (PC). Oleh itu, adalah selamat untuk mereka yang mempunyai masalah gout untuk mengambil PhosChol 565.

Jika anda mempunyai keadaan perubatan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum penggunaan. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan jika berlaku sebarang reaksi buruk.